Di Masjid Al-Falah...



Di akhirat kelak, tiada seorang pun yang akan mencari ahli korporat, orang kenamaan, orang hebat & sesiapa yang mencipta nama ketika di dunia. Tiada pun yang mahu menjalin hubungan dengan mereka. Apa yang mereka cari saat itu ialah HUBUNGAN DENGAN RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.

Jika di dunia bersahabat hanya soal dunia, maka di akhirat kelak akan menjadi musuh. Kerana akan saling salah menyalahkan semata² untuk menyelamatkan diri. (Oleh itu, "carilah" sahabat yang boleh mengingatkanmu kepada Allah & Rasul-Nya atau "bawalah" sahabatmu itu kepada redha Allah & kasih Rasul-Nya).

Daripada Sayyidina Ali kw berkata: 6 sifat ini baik untuk semua manusia namun ia menjadi LEBIH baik jika berada pada 6 golongan manusia;

1. ADIL - ia lebih baik jika ada pada seorang HAKIM/PEMERINTAH.

2. DERMAWAN - ia lebih baik jika ada pada seorang KAYA.

3. SABAR - ia lebih baik jika ada pada seorang FAQIR.

4. WARA' - ia lebih baik jika ada pada orang ALIM.

5. MALU - ia lebih baik jika ada pada seorang PEREMPUAN.

6. TAUBAT- ia lebih baik jika ada pada orang MUDA.

•• Pengikut para Nabi akan sentiasa bersama mereka (para Nabi) di bawah panji Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
(Ya Allah, himpunkan kami di sini bersama mereka, amin).

•• Guna apa sahaja kemudahan IT yang canggih TANPA memutuskan hubungannya dengan Allah. Gabungkannya dengan kebaikan Islam. Ia menguntungkan.

•• Dinyatakan di dalam surah Al-Imran:164 sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم iaitu;

1. Membacakan ayat² Allah.
2. Menyucikan jiwa manusia.
3. Mengajar kitab & hikmah.

~ Nota mafhum dari kalam Habib Omar Benhafidz di Masjid Al-Falah 170412.

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan