Di dalam Al-Quran ada sirah Rasulullah صلى الله عليه وسلم


•• Segala perkara disebut di dalam Al-Quran. Mukjizat yang dikekalkan Allah hingga ke akhir zaman untuk dijadikan panduan agar tidak sesat di dalam pencarian.

•• Di dalamnya BUKAN sekadar diceritakan tentang Sains, Matematik, Kekeluargaan dll yang berkaitan dengan kehidupan manusia.

BAHKAN, perlu kita sedar ketika membacanya bahawa di dalamnya ada sirah hidup Rasulullah
صلى الله عليه وسلم.

•• Al-Quran menceritakan segala²nya tentang Rasulullah صلى الله عليه وسلم; akhlaknya, para isterinya, anak²nya, para sahabatnya dan banyak lagi.

•• Hatta rasa sedih Baginda صلى الله عليه وسلم dengan kesyahidan bapa saudara kesayangannya Sayyidina Hamzah رضي الله عنه pun disebut Allah di dalam Kitab-Nya ini.

"Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar." (An-Nahl: 126)

~ Nota dari kalam Dr. Farouq Hammadah di Seminar Antarabangsa 080412.

Kaitkan setiap sesuatu itu dengan diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Bacalah Al-Quran dengan perspektif ini.

Mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم bermakna mencintai Allah. Ke arah berusaha melahirkan "rasa cinta" itu.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan