Allah itu Maha Memahami


Hatiku berkata: "Seseorang yang mengasihi saudaranya kerana Allah tidak akan pernah takut pada sebuah kehilangan."

Aku bertanya: "Bagaimana hal seperti itu boleh berlaku?."

Hatiku menjawab: "Kerana "sebab" tercetus kasihmu itu bersifat kekal.

Aku kehairanan: "Aku masih tidak mengerti."

Hatiku menjelaskan: "Yang kamu kasihi itu makhluk & sudah tentu ia bersifat baharu & tidak kekal. Namun Allah sebagai Khaliq yang kerana-Nya kamu kasihkan saudaramu itu bersifat kekal selama²nya. Itulah maksudku.

Oleh itu, kamu akan lebih tenang & bahagia jika kamu mengasihinya kerana Allah. Dan sesungguhnya kasih seperti itu dapat melapangkan tempatku ini sebagai salah satu anggota penting di dalam badanmu."

Aku muhasabah diri atas bicara hati ini. Kasih kerana Allah sahaja yang membuatkan aku & hatiku bahagia walaupun aku perlu berdepan dengan kehilangan orang yang aku kasihi kerana "sebab" itu tidak pernah hilang..

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan