3 hal tentang "Sirah"...





Perlu CAKNA 3 perkara di dalam mempelajari Sirah;

1. Pelajari sirah dari sebelum kebangkitan Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai Nabi, selepas kebangkitannya sehingga kewafatannya.

2. Pelajari sirah secara keseluruhannya; gaya hidup Rasulullah صلى الله عليه وسلم siang & malamnya, akhlaknya, muamalahnya, kepimpinannya, persahabatannya dll.

3. Ajarkan sirah dalam apa cara sekalipun agar orang tidak jemu. Harus kreatif. Gunakan kemudahan teknologi dengan sebaik mungkin untuk salurkan ilmu ini ke generasi umat hari ini.

Lihat sahaja bagaimana Sayyiduna Hasan & Sayyiduna Husin bertanya kepada Ibn Halah tentang Rasulullahصلى الله عليه وسلم (boleh rujuk kitab Syamail). Ini menunjukkan apa sahaja yang berkaitan dengan diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم, mereka teruja untuk mengetahuinya.

~ Nota dari kalam Hb Ali Al-Jufri di Seminar Antarabangsa 080412.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Comments

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan