بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

ummumuhammadmenulis...

30 April 2012

SubhanaAllah, indahnya langit ciptaan-Mu...

Sejauh-jauh mata memandang,
Sedalam-dalam hati merasakan,
Hanya setitik debu yang tertuang,
Dalam syair pujian...

Lepas hati memandang laut-Mu,
Terheran diri pada langit-Mu,
Berjuta kata tak cukup untuk,
Melukis indah-Mu...

* Tafakkur by Opick.

Hanya Allah sahaja yang menjagamu. Ingat wahai diri...

Doa ketika melihat langit;

 رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً، سُبْحَانَكَ فَفِنَا عَذَابَ النَّارِ
 Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakannya sia-sia, Maha Suci Engkau ya Allah, jauhkanlah kami dari azab neraka.
~ Al-Imran: 191.
---------------------------------------------------------------------------------------

Cerita tentang langit & bintangnya...

Kita memandang langit, di mata zahirnya ia tampak biru. Namun asal warna langit itu merah. Disebabkan lapisan maka ia kelihatan seperti biru. Harun Yahya mendakwanya merah berdasarkan ayat ini- "Maka apabila langit terbelah dan ia menjadi mawar merah (dan merahnya) seperti (merahnya) minyak yang mendidih." Arrahman:37. Ia terbukti kebenarannya apabila disingkap oleh satelit iaitu berwarna merah seperti sekuntum bunga mawar.

Tugas bintang tiada yang keempat:
1. Menghiasi langit. SubhanaAllah indahnya:-)
2. Menjadi petunjuk kepada orang yang bermusafir. Macam kompaslah kan.
3. Merejam syaitan yang mencuri maklumat di langit. Yang kita duk sebut tahi bintang.
Haaa, utk tilik nasib maka bintang2 di langit tidak meredhainya. Ia adalah satu pencabulan. Fahamilah maksud tiada yang keempat...
...-(Buku catatan sy tulis pendapat Imam Qatadah- wa Allahu a'lam)

Salam buat Rasulullah setiap kali masuk & keluar masjid...


Hadis daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Apabila salah seorang kamu masuk ke dalam masjid maka ucapkanlah salam  buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah: 

    اللهم افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
(Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu² rahmat-Mu buatku). 

Dan apabila kamu keluar, maka ucapkanlah salam buat Nabi صلى الله عليه وسلم dan katakanlah: 

اللهم اعْصِمْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
(Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari syaitan yang direjam).

~ Hadis sohih riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah.

••Perintah memberi salam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم di sini bukan hanya untuk Masjid Nabawi sahaja bahkan disunatkan untuk mengucapkannya di semua masjid yang dimasuki.

Sayyidatuna Fatimah ra menceritakan bagaimana Baginda صلى الله عليه وسلم masuk ke dalam masjid dan keluar darinya.

Ketika masuk;

بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ اللهم اغفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَافْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Dengan nama Allah, salam ke atas Rasulillah. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa²ku dan bukakanlah pintu² rahmat-Mu buatku.

Ketika keluar;

بسم الله والسلامُ على رسولِ اللهِ اللهم اغفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَافْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ
Dengan nama Allah, salam ke atas Rasulillah. Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa²ku dan bukakanlah pintu² kelebihan-Mu buatku.

Hadis riwayat Imam Ibn Majah rahimahullah.

* Catatan talaqqi di Bogor Disember 271211 – baca kitab hadis Sohih Ibn Majah bersama Ustaz Sufian.

Yang paling...di kalangan para sahabat


Ketika talaqqi di Bogor, di dalam kelas saya sempat menulis secara ringkas (berdasarkan hadis² riwayat Imam Tirmidzi) tentang kelebihan sebahagian para sahabat. Di sini saya senaraikannya untuk pengetahuan umum. Mahu tahu lanjut sila buka kitab hadis .

Yang paling penyayang kepada umat ••> Sayyiduna Abu Bakr.

Yang paling syadid di dalam memelihara agama Allah ••> Sayyiduna Umar.

Yang paling pemalu ••> Sayyiduna Uthman.

Yang paling tepat mengeluarkan hukum ••> Sayyiduna Ali.

Yang paling bagus bacaan Al-Quran ••> Sayyiduna Ubai bin Ka’ab.

Yang paling alim halal haram ••> Sayyiduna Mua’z bin Jabal.

Yang paling alim ilmu faraidh ••> Sayyiduna Zaid bin Thabit.

Yang paling amanah ••> Sayyiduna Ubaidah bin Jarrah.

~ Wahai diri, jangan lupa untuk sentiasa berselawat .
اللهم صل على سيدنا محمد  وعلى آله وصحبه وسلم

28 April 2012

Jom ke taman syurga ツ

Menghadiri majlis zikir SAMA tuntutannya dengan suruhan agar berzikir. Majlis yang membesarkan nama Allah, menceritakan tentang perintah & larangan-Nya. Majlis seperti ini diumpamakan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلمsebagai taman syurga. Allahu Allah, indahnya .

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah صلى لله عليه وسلم berkata: “Jika kamu melalui taman² syurga, maka singgahlah/bersenang² di dalamnya.” Sahabat bertanya: “Di manakah terdapatnya taman² syurga itu di dunia ini?” Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: “Taman² syurga itu terdapat di dalam majlis² zikir.”

Apakah kelebihan yang ada di dalam majlis² zikir/ilmu ini?

Saya himpunkannya di sini tanpa menyebut hadis² yang saya ambil darinya. Antaranya;

Para MALAIKAT akan mengelilingi bulatan majlis tersebut.
Mereka yang hadir majlis itu akan diselubungi dengan RAHMAT ALLAH, tiada siapapun yang akan mendapat kecelakaan apabila duduk bersama mereka.
Allah akan MEMBANGGA²KAN orang yang hadir itu di hadapan para malaikat-Nya.
Diturunkan ke atas mereka itu RAHMAT & KETENANGAN.

Zikir itu bukan sekadar bertasbih, bertahmid dll bahkan semua amalan yang berupa ketaatan kepada Allah itu dikira sebagai zikir.

Jom ke majlis zikir, salawat & ilmu . Imam Nawawi mengingatkan kita agar berusaha untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari walaupun satu kali sahaja sehingga dikira termasuk di dalam kumpulan orang yang mengamalkan ilmu itu. Amalkan sekadar mampu kerana amalan sunnah itu sangat banyak.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberikan motivasi yang sangat baik: "Jika aku menyuruh kalian melakukan sesuatu amalan (bukan amalan fardhu), hendaklah kalian lakukan apa yang kalian mampu." 
~ Riwayat Imam Al-Bukhari & Muslim rahimahumaAllah.

Sumber: Kitab Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi rahimahullah.

Hati-hati dengan cinta ajnabi...


Seorang wanita dipuji oleh lelaki AJNABI "engkaulah wanita pujaan hatiku", macam filem P. Ramlee .

••► Berlaku beberapa reaksi yang menarik antara MUSUH, KAWAN & SAHABAT sejati;

- Nafsu - akan membuatkannya tersenyum gembira + bahagia bagaikan dunia aku yang punya & percaya. (MUSUH).

Akal - akan mengajaknya berfikir terlebih dahulu baik buruknya, benar bohongnya agar tidak terpedaya. (KAWAN).

Hati - akan berkata kepadanya: "Ini musibah yang sangat besar. Selamatkanlah ya Allah dari bahaya menimpa." (SAHABAT).

Saya hanya mampu tersenyum mendengar monolog mereka & jika saya wanita itu, insyaAllah sudah pasti saya akan mempercayai sahabat karibku yang ikhlas -HATI- dan kawanku yang bijak -AKAL- agar tidak terpedaya dengan tipuan dunia & lelaki yang bukan mahram yang berusaha mendekati
.

Fahamilah wahai wanita di luar sana, jaga diri ◕‿◕. Saya mengingatkanmu kerana tanda kasihku padamu - cewah

* Namun tetap juga ingatkan diri ini agar tidak menjadi seperti lelaki itu. Semoga diampunkan Allah, amin.

27 April 2012

Ceritakan tentang Insan yang kamu cintai...

Ceritakan kepada kedua orang tuamu, suamimu, isterimu, anak²mu, jiran tetanggamu, para pelajarmu, para pekerjamu & orang² yang berada di sekelilingmu tentang insan yang paling dikasihi Allah;

•• RASULULLAH صلى الله عليه وسلم.

Ceritakan & sebarkan mahabbah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ke seluruh alam agar semua tempat disirami rahmat Ilahi yang didambakan.

Kerana apabila kamu menceritakan tentang Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ia mampu membina peribadi mulia.

Dari jahat menjadi baik, kontra menjadi pro, marah menjadi tenang, keras menjadi lembut, bermusuh menjadi bersaudara, benci menjadi sayang, berfikiran negatif tentang Islam menjadi positif & berpecah menjadi bersatu.

Hadiah mahabbah berupa sekeping foto daripada posmencintaiskrim .
---> "Cintamu ya Rasulallah menyatukan kami."

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Amal & sebarkan ilmu...

✉♥ Buat sahabatku yang dapat hadir ke majlis² ilmu dengan mudah tanpa halangan, BERSYUKURLAH.

Amalkan ilmu itu & sebarkan kepada yang lainnya. Berhati² dengan musuh yang sering mendatangi ahli ilmu iaitu ujub, riya' & takabbur.

✉♥ Buat sahabatku yang tidak berpeluang ke majlis ilmu kerana halangan, tanamkan niat & azam sungguh² di hatimu untuk turut terpilih bersama golongan yang beruntung.

Niat kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah, mahu dikumpulkan kelak bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم & kaum muslimin yang lain.

Jika di hatimu timbul kecemburuan melihat sahabat² lain ke majlis ilmu, itu tandanya hatimu masih hidup. Mohon & mohon pada Allah agar dimudahkan jalan buatmu menuju-Nya. Don't be sad, Allah knows.

••
Siapapun kita, atas nama Islam & Iman kita bersaudara. Diibaratkan seperti jasad. Sakit satu anggota, anggota lain turut terasa. Saling mendoakan agar kita semua ditempatkan di tempat yang bahagia di samping Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana hanya di situ redha Allah berada.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Seolah-olah matahari beredar di wajah Baginda صلى الله عليه وسلم



~::♥::~~::::~~::::~ JUMUA'H MUBARAKAH ~::♥::~~::::~~::::~

>>> Sayyiduna Abu Hurairah ra berkata: "Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah
صلى الله عليه وسلم, seolah² matahari beredar di wajah Baginda صلى الله عليه وسلم. Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, seolah² bumi ini dilipat untuknya. Kami selalu berusaha sedaya upaya (melakukan hal yang sama), namun Baginda صلى الله عليه وسلم tidak perlu bersusah payah untuk itu."
~ Riwayat Imam Tirmidzi rahimahullah.

♥ Hari Jumaat, Baginda
صلى الله عليه وسلم akan menjawab salam anda secara langsung. So, jom salawat 1k .

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

26 April 2012

Allah itu Maha Memahami


Hatiku berkata: "Seseorang yang mengasihi saudaranya kerana Allah tidak akan pernah takut pada sebuah kehilangan."

Aku bertanya: "Bagaimana hal seperti itu boleh berlaku?."

Hatiku menjawab: "Kerana "sebab" tercetus kasihmu itu bersifat kekal.

Aku kehairanan: "Aku masih tidak mengerti."

Hatiku menjelaskan: "Yang kamu kasihi itu makhluk & sudah tentu ia bersifat baharu & tidak kekal. Namun Allah sebagai Khaliq yang kerana-Nya kamu kasihkan saudaramu itu bersifat kekal selama²nya. Itulah maksudku.

Oleh itu, kamu akan lebih tenang & bahagia jika kamu mengasihinya kerana Allah. Dan wahai Syarifah Fatimah Al-Yahya, sesungguhnya kasih seperti itu dapat melapangkan tempatku ini sebagai salah satu anggota penting di dalam badanmu."

Aku muhasabah diri atas bicara hati ini. Kasih kerana Allah sahaja yang membuatkan aku & hatiku bahagia walaupun aku perlu berdepan dengan kehilangan orang yang aku kasihi kerana "sebab" itu tidak pernah hilang..