Posts

Showing posts from October, 2011

Zikir Mudah

Bila terima ni'mat = الحمد لله . Bila terima musibah = إنا لله وإنا إليه راجعون . Bila melihat keindahan = سبحان الله . Bila tiada kekuatan = لا حول ولا قوة إلا بالله .  Bila ingat Allah = لا إله إلا الله . Bila ingat Rasul saw = اللهم صل وسلم عليه . Bila melakukan dosa = أستغفر الله . Bila dibantu orang = جزاك الله خير الجزاء . Bila bersalah terhadap seseorang = آسفة .  Bila sukakan seseorang = أنا أحبك .  Bila berjanji = إن شاء الله .  Bila bersin = الحمدلله >>> bila mendengar ucapan itu sebutlah = يرحمك الله >>> bila mendengar ucapan itu ucapkanlah = يهدينا ويهديكم الله ويصلح بالكم .  Bila melihat sesuatu yang tidak elok = أعوذ بالله من ذلك .

Ilmu Mauhub

Image
Anda tahu tak apa itu ilmu Mauhub? >>> Ya, ilmu kurniaan Allah kepada hamba²-Nya yang tertentu. Adakah anda mampu mendapatkan ilmu ini? Jawapannya---> Ya, anda MAMPU memilikinya ツ. --------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”------------------------------------- Mafhum kata² Imam Suyuthi rahimahullah: "Kamu mungkin menganggap bahawa memperoleh ilmu ini adalah di luar kemampuan seseorang. Namun hakikatnya bukan demikian. Ia boleh dihasilkan melalui beberapa asbab. Antara asbab di mana Allah telah menjanjikan ilmu tersebut ialah beramal dengan ilmu yang telah diketahui, tidak cintakan dunia dll." من عمِل بما علِم ورَّثه اللهُ عِلْمَ ما لم يعْلَمْ Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya, maka Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya. --------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”------------------------------------- Jom amalkan ilmu yang ada ◕ ‿ ◕. العِلْمُ بلا عملِ كالسيََّارةِ بلا سَتِرِيْنْ Tidak perlu diterjemah hihi

Amalan 1-10hb Zulhijjah

Image
✿ ܓ Juma'at 28 Oct 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432. >>> Allahu Allah, ini bermakna hari² terbaik sudah tiba ◕‿  ◕. ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak ada satu haripun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini. Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (AlhamduLillah)." ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga berkata: "Seutama-utama hari adalah hari Arafah." Antara amalan² yang dianjurkan; ✔ > 1 - 8hb = Sunat berpuasa. ✔ > 8hb = Hidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah. ✔ > 9hb (hari wuquf) = Hidupkan malamnya dengan ibadah, orang yang tidak kerjakan haji disunatkan berpuasa & membaca surah Al-Ikhlas 1ribu kali. ✔ > 10hb (Raya Aidiladha) = Solat sunat raya, membaca takbir & melakukan ibadah korban. * Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat. Sama² selamat beramal, insyaAllah ok ツ. سبحان

Ubai bin Kaa'b, Seluruh Hidupnya Dengan Salawat

Image
❀ ܓ Sayyiduna Ubai bin Kaa'b berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah orang yang sering memperbanyakkan salawat ke atasmu. Berapa banyakkah salawat yang harus aku ucapkan buatmu?". Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu." ☆ Aku bertanya lagi: "Bagaimana jika 1/4 dari kehidupanku?". ✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu." ☆ Aku terus bertanya: "Bagaimanakah jika setengah?". ✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu." ☆ Aku berkata: "Bagaimana jika 2/3?". ✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu." ☆ Aku bertanya lagi: "Aku ingin menjadikan

MALU itu SIFATMU wahai MUSLIMAH

Image
  ♥ POHON SEMALU. >>> Tertarik dengan pengajaran buat kaum wanita yang boleh diambil daripada ciptaan Allah ini: ❀ 1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan MALU (pada tempatnya). ❀ 2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang MUSLIMAH. ❀ 3. Pohon semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai KETERIKATAN yang sangat kuat dengan Allah Taala. ❀ 4. Pohon semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu sebaik-baik wanita ialah yang sentiasa berada DI RUMAH tatkala malam menjelma. ~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~:: ♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥: :~~::♥:~ ✿ ܓ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Hendaklah kamu berbuat baik kepada kaum wanita, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan dar

Kisah Syibli Pembesar Sufi

Image
♥ Kisah menarik tentang salawat... >>> Al-Syibli merupakan seorang pembesar sufi yang dipandang kurang siuman oleh penduduk Baghdad. Suatu hari beliau datang bertemu Abu Bakr ibn Mujahid salah seorang Imam Qurra'. Apabila melihat kedatangan Syibli, Abu Bakr memeluknya dan mengucup di antara dua matanya. ★ Situasi ini ditanya kenapa berlaku demikian. Abu Bakr menjawab: "Aku lakukan sebagaimana aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم lakukan terhadapnya di dalam mimpiku. Aku juga bertanya Baginda صلى الله عليه وسلم soalan yang sama. Lantas Baginda صلى الله عليه وسلم memberitahuku bahawa dia sering membaca ayat ini; قال تعالى: لَقَدْ جَآءَكُمْ رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم "Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri. Terasa berat olehnya di atas penderitaan yang kamu alami. Dia amat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang kepada orang² yang beriman." ~ At-Taub

Pohon Yang Dirahmati

Image
~ Tahukah anda pohon apakah ini? ❀ ܓ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati. ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ ~::♥::~~::♥::~ Sedikit sejarah mengenainya... ♥ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. ♥ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari. ♥ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini." >>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertin

Terharu T_T

Image
❀ ~ Tahanan yang dibebaskan "Rawhi Mushtaha" menemui isterinya "Raida Swidan" selepas 30 tahun penantian. Ketika mereka bertunang, Rawhi berkata bahwa saya dikehendaki Israel. Raida menerimanya. Sejurus selepas berkahwin suaminya ditangkap Israel dan diputuskan akan dipenjarakan dalam masa yang sangat lama. Suami berulang kali menawarkan perceraian supaya isteri boleh memulakan hidup baru. Namun sekali lagi, isteri tetap memilih untuk menunggu suaminya. 2 hari yang lalu, selepas 30 tahun penantian, akhirnya Raida dapat mendakap semula suaminya, Rawhi Mustafa. Via Aqsa Syarif. * Berlaku pada Jumaat 21.10.2011.

Dalam Hati Ada Taman

Image
~ :♥::~ "Dalam hati ada taman." ~:♥::~ >>> Saya suka ungkapan ini (◕‿  ◕). Walaubagaimanapun setiap orang memahaminya dengan makna yang berbeza. ♥ Adapun bagi saya, ia menggambarkan seseorang yang memiliki sekeping hati yang ceria & menghargai sebuah kehidupan. ❀ ܓ Bayangkan "sebuah taman". Ia pasti indah, kan. Suasananya yang tenang & mendamaikan. Angin bertiup sepoi² bahasa. Bunyi desiran air yang mententeramkan. Ikan² berlarian keseronokan & burung² berkicauan kegembiraan. Tanaman yang menghijau. Bunga² yang kembang mekar. Buah²an yang masak ranum ditambah pula terdapat peti aiskrim yang lazat, errrk (^‿*). Allah Allah, indahnya ツ. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Jika demikian indahnya taman di hatimu, maka sebarkan aura keindahannya itu kepada orang yang berada disekelilingmu. Imaginasilah keindahan, mudah²an ia bertapak di dunia nyatamu. Hakazal bustan -dc ツ.

1 Kejayaan

Image
Apakah ukuran bagi sebuah kejayaan? ♂ Ok², saya memang suka bertanya, kan. Haaaa, itu menandakan saya memang bercakap denganmu ◕‿  ◕. Ok, berbalik kepada soalan. * Apakah dikira SATU KEJAYAAN; ~ Apabila cita²mu menjadi kenyataan? ---> Geleng kepala. ~ Apabila kamu berjaya menjadi jutawan aiskrim? ◕‿  ◕ ---> Geleng kepala. ~ Apabila kamu mampu membina mahligai terbesar di dunia? ---> Geleng kepala. ---> Ya, itu memang kejayaan tapi belum sampai ke kemuncaknya lagi. ✔ >>> KEJAYAAN yang SEBENAR ialah apabila kakimu terselamat dari terjerumus ke dalam api neraka & kamu mampu melangkah masuk ke dalam syurga dengan gayanya. Itulah KEJAYAAN, Allahu Allah. اللهم اجعلنا من المفلحين، آمين Ya Allah jadikanlah kami daripada kalangan orang² yang berjaya, amin. Untuk mudah menuju jalan ke syurga, TUNTUTLAH ILMU ツ .

Jangan Tidur hihi...

AWAS!!! ---> Cool sahabat ya ^‿^, Nak haba' mai... >>> Elakkan tidur dari 3 waktu ini; ✔ 1. Selepas Subuh - hilang keberkahan. ✔ 2. Selepas Asar - hilang kewarasan. ✔ 3. Selepas Maghrib - hilang peluang mendapat kebaikan² yang disediakan di waktu ini. Jangan tidur ツ.

Gurauan Rasulullah saw - Adab Ketawa

Image
♥ Daripada Sayyidatuna Aisyah ra berkata: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlebihan dalam ketawa sehingga aku melihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman." (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad rahimahumuLLah) Suatu hari... ✿ ܓ Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Sayyiduna Abu Bakr ra menikmati buah kurma. S.Abu Bakr mengumpulkan biji kurma yang dimakannya di hadapannya. Manakala Rasul صلى الله عليه وسلم mencampakkan biji kurmanya itu di tempat biji² kurma S.Abu Bakr ketika sahabatnya itu sedang leka. ♥ Rasul صلى الله عليه وسلم berkata: "Wahai Abu Bakr, aku melihatmu sebagai orang yang tersangat kuat makan. Cuba lihat betapa banyaknya jumlah biji² kurma yang telah engkau himpunkan." Allahu Allah, ya Rasulallah ツ. Ok, apa kata sahabatnya?.... ♥ S. Abu Bakar memandang Baginda صلى الله عليه وسلم seraya berkata: "Wahai Kekasih Allah, yang kuat makannya adalah o

Wali Wanita

Kisah wali Allah... ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ▬▬▬▬▬▬ ~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~:: ♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥: :~~::♥:~ ♥ Rabia'tul A'dawiyyah seorang wali perempuan yang tinggi kedudukannya di sisi Allah. Solat tahajjudnya 300 rakaat setiap malam. ------------------------------ --------“♥ ~ ❀~ ♥”---------------------------- --------- ♥ Sayyidah Nafisah yang hidup di zaman Imam Syafi'e di Mesir mengaji Al-Quran sebanyak 15 juzu' setiap malam. Beliau menunaikan solat jenazah buat Imam Syafi'e seorang diri di rumahnya setelah selesai jenazah Imam disolatkan oleh 120ribu jemaah di Masjid. ♥ Jika Sayyidah Nafisah (wali Allah) ini meletakkan tangannya di atas kepala seorang budak, maka budak itu akan dapat menghafaz Al-Quran. ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ▬▬▬▬▬▬ ~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~:: ♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥: :~~::♥:~  

CANTIK itu pada AKHLAKMU

Image
Sahabatku muslimah... ~::♥::~ Hanya peringatan biasa buatmu agar lebih beringat ◕‿  ◕ ~::♥::~ ✔ Jika dirimu dipuji "comel" ◕‿  ◕, maka---> jangan mudah perasan. ✔ Jika dirimu dihina, maka ---> jangan mudah menangis. ✔ Jika dirimu dihargai, maka ----> jangan lupa kembalikannya kepada Allah. >>> Dirimu dikira benar² comel & cantik apabila yang memujimu itu ialah mahrammu atau suamimu. Selain mereka ---> TIPU, hihi. Hakaza -dc ツ. COMEL & CANTIK itu kan SUBJEKTIF. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Oleh itu, hargailah kecomelan yang kekal ----> COMEL pada AKHLAKNYA (^‿^). Kerana jika kamu sudah tua pun, comel itu tetap ada selama mana kamu bersikap dengannya. Peace No War ツ.

BAHAGIA...

Image
❀ ܓ Tidak dinamakan BAHAGIA jika kamu asyik memikirkan cara bagaimana mahu membuatkan orang lain itu melihatmu bahagia. >>> "Bahagia itu adalah 'rasa' bukan 'perisa' yang direkacipta oleh manusia." JIKA KAMU yang RASA BAHAGIA maka itu tandanya "KAMU BAHAGIA" (◕‿  ◕). ~ Apabila kamu tidak dipaksa untuk mengukirkan senyuman di wajahmu. Dan setiap kali kamu tersenyum, maka bayangan Rasul صلى الله عليه وسلم yang muncul di matamu itu. Itulah ANTARA hakikat bahagia yang mampu ku kongsikan denganmu di sini. * Tapi AWAS jika kamu merasa bahagia di dalam kejahatanmu, ketahuilah bahawa itu bukan bahagia tapi ia adalah celaka. NauzubiLLAH min zalik. So... ♥ Kamu tenang apabila ingat Allah ---> ✔ BAHAGIA. ♥ Kamu rindu bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم ---> ✔ BAHAGIA. ♥ Kamu teruja melakukan kebaikan ----> ✔ BAHAGIA. ♥ Kamu sedih melakukan kesilapan ---> ✔ BAHAGIA. - Kamu seronok melakukan maksiat ---> ✔ C

Spirit of RIS (23-25th Dec 2011 - Toronto)

✿ ܓ Antara impian "Jaulah Ilmiah A.I.S.K.R.I.M" saya ialah ke program Spirit of RIS ini. Bilakah agaknya? Wa Allahu a'lam. Mudah²an suatu hari nanti Allah pilih saya untuk hadir ke program ini, amin ♥♥♥ Sangat teruja, Allahu Allah ~ツ. اللهم يسر ولا تعسر، آمين سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم  

NIKAH itu SUNNAH

Image
Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah. >> Tapi... Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah. (◕‿  ◕) ✔ ~ Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati. Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^‿^). ✿ ܓ Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (^‿^). ♥ NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ツ. NO couple, YES nikah ツ. Via Fattabiouni Malaysia.

Kisah Nabimu Muhammad saw

Image
♥ Nabi Isa as dikurniakan mu'jizat dapat memulihkan penglihatan orang yang buta sepertimana yang telah dirakamkan di dalam surah Al-Imran: 49. ♥ Manakala Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pula dianugerahkan mu'jizat dapat mengembalikan mata yang tersembul keluar ke tempat asal hanya dengan tangannya. ~ Saya ceritakan kisah yang hebat ini... "All About Love" ✿ ܓ Di dalam peperangan Uhud, Qatadah ra melindungi Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan wajahnya agar diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak terkena sasaran liar anak panah musuh. Tiba² salah satu anak panah itu mengenai matanya menyebabkan ia tersembul keluar dan jatuh ke pipi. Lalu beliau membawa matanya itu bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم melihat keadaan sahabatnya itu, mengalirlah airmata Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kemudian Baginda صلى الله عليه وسلم berdoa: " Ya Allah, peliharalah Qatadah sebagaimana dia telah mempertahankan Nabi-Mu dengan wajahnya. M

5 Toriqah Saadah Ba'alawi

Image
✿ ܓ Seseorang yang inginkan kejayaan dunia akhirat perlu melalui 5 jalan: ✔1. Ilmu yang membawa kepada mengenal Allah Tuhan sekalian alam. ✔2. Khauf (takut) kepada Allah. ✔3. Amal. ✔4. Wara': Tidak melakukan dosa² besar & tidak kekal berada di dalam dosa² kecil. ✔5. Ikhlas. ~ Imam Abdullah Al-Haddad rahimahuLLAh.

Siwak Itu Sunnah

Image
  ♥ Bersiwak cara Rasulullah صلى الله عليه وسلم. ~ Jom sahabat², kita beramal dengan sunnah yang mulia ini. Ganjarannya besar. Tanda mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu kan dengan menghidupkan sunnahnya (◠ ‿◠). * Cara yang saya belajar:   1. ★ Letakkan kayu sugi itu di atas ibu jari & jari kelingking. 3 jari lagi di atas kayu tersebut. 2. ★ Mulakan dari tengah gigi atas, then gerakkan kayu itu ke gigi bawah, ke atas dan ke bawah (3 kali ah maknanya, ke bawah, ke atas, ke bawah). 3. ★ Dari bawah naik ke gigi sebelah kanan atas dan lukiskan seolah² seperti bulatan. Then terus gerakkan ke gigi sebelah kiri. Jadikan seperti no 8. 4. ★ Lakukan sebanyak 3 kali bagi nombor 3. 5. ★ Berhenti di tengah² gigi bawah, then sentuhkan hujung kayu sugi tadi pada gigi belakang sebelah atas. 6. ★ Penutupnya selepas nombor 5, letakkan di hujung lidah. Tup. ♤ Selesai 1 sunnah, alhamduliLLAh. Selamat beramal ツ.

Salawat Tanda Cinta...

اللهم صل على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Cawan Milik Rasulullah saw di Chechnya

✿ ܓ Sahabat, kamu pasti tahu tentang kisah² para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang sentiasa berebut untuk bertabarruk dengan APA SAHAJA yang berkaitan dengan diri Baginda صلى الله عليه وسلم. Ia bukan bahasa ta'ssub tapi ia bahasa rasa & cinta (♥). Kadangkala aku & kamu tidak mampu memahaminya T_T. ~ Video ini memaparkan... ♥ Cawan milik Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah dibawa pulang ke Chechnya, Allahu Allah T_T. Betapa mereka insan² yang sangat beruntung kerana dapat meminum air dari Cawan yang mulia itu. Ghibtoh T_T. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Dengan Bersalawat, Dosa Diampunkan

Image
~ Kali ini saya mahu bercerita 1 kisah orang soleh dengan kelebihan bersalawat=) ♥ Diriwayatkan oleh An-Numairi daripada Sufyan bin U'yainah berkata: "Saya mempunyai seorang saudara lelaki, tetapi kemudiannya dia meninggal dunia. Saya bermimpi melihatnya & bertanya keadaannya: "Apakah yang Allah telah lakukan terhadapmu?." ♥ Jawabnya: "Allah telah mengampunkan dosaku." Saya bertanya lagi: "Atas sebab apakah Allah mengampunimu?" ♥ Dia menjawab: "Sewaktu saya menulis hadith, setiap kali saya menulis nama Rasulullah صلى الله عليه وسلم, saya pasti menulis صلى الله عليه وسلم dan saya mengharapkan pahala ketika melakukannya. Maka dengan itu, Allah telah mengampuniku." اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Rujukan: Petikan dari kitab "Fadhilat Salawat" oleh Abu Al-Fadhl Abdullah ibn Muhammad As-Siddiq Al-Ghumari Al-Hasani ra.

Jom Baca Hadith =)

Image
☆ Sahabat, adakah kamu suka mendengar hadith? Allahu Allah, ganjarannya sangat indah sahabatku ツ. Baca ini... ♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Allah menganugerahkan cahaya pada wajah orang yang mendengar kata²ku, lantas dia mengingatinya & menyampaikannya sebagaimana yang didengarinya." {Riwayat Imam Ahmad rahimahuLLah} ✿ ܓ Ayuh sahabatku, jika kamu belum memiliki kitab hadith di rumahmu, maka BELILAH & jika sudah ada, maka BACALAH ◕ ‿ ◕. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Bersama Habib Umar BenHafidz 2011

Image
Nota ringkas: - Rasul صلى الله عليه وسلم datang dengan satu tujuan untuk membawa manusia keseluruhannya keluar dari kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran. - Wahyu itu adalah cahaya yang menyuluh akal. Manusia perlukan cahaya dalam hidup di dunia ini untuk memandu dan menunjukkan jalan pulang yang selamat bertemu Tuhan. - Muslim menggunakan AKAL sebagai 'alat' untuk mendapat bimbingan ke jalan yang diredhai Allah, mengawal nafsu dan cuba membersihkan dosa noda di hatinya kerana orang yang mengotorkan nafsu dan jiwanya ialah orang yang RUGI. Manakala kafir pula menjadikan akal sebagai alat untuk berkhidmat kepada diri dan nafsunya semata-mata. - Menceritakan kisah pengorbanan dan cinta Rasul صلى الله عليه وسلم kepada umat. Rasul صلى الله عليه وسلم jika disakiti, ianya merupakan penyakitian yang melebihi segala macam penyakitian yang pernah menimpa selainnya. - Jika diberikan harta, ia akan dibahagikan segera kepada umat tanpa diambil sedikitpun untuk diri dan keluarga B

Bersama Habib Umar Benhafidz - 9 Jan 2011

Image
~ Jika program Hb Umar Benhafidz dibuat di Madras, pasti ada kelainan zauqnya berbanding di tempat lain. Ia betul² berbeza. Saya yakin ada yang sama seperti saya. Walaupun saya 'on off' hadir majlis ilmu di Madras Nur disebabkan jauh, namun 'keterikatan hati' tetap utuh dengannya. Siap mengaku diri sebagai pelajar batch pertama yang talaqqi di sini (◠‿◠). Pagi ini hadir program perasmian bagi Madrasah Tazkiyah yang merupakan cawangan dari Darul Mustofa, Tarim. ~ So, saya mahu kongsikan Jaulah Aiskrim saya ini dan anda dijemput untuk membacanya, jom ツ. ♥ Habib Umar Benhafidz berkata: * Yang akan membawa Islam dan ajarannya di tengah masyarakat ialah orang² yang baik. Mereka akan menyedarkan orang² yang keliru, membersihkan kefahaman dan ta'wilan orang² yang jahil serta menghapuskan kebatilan. * Rasul صلى الله عليه وسلم meninggalkan 2 harta untuk kita ikutinya agar selamat pulang ke negeri abadi; KitabuLLAH dan i'trahnya (keluarga Bagind