Solat Jama' Tanpa Musafir, Bolehkah?


Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah menjama'kan/menggabungkan 2 solat; solat Zuhur & Asar (8rakaat) dan solat Maghrib & Isya' (7rakaat) tanpa musafir & qasar. Ia berlaku di Madinah.

Terdapat 2 pandangan ulama' terhadap hal ini.

1. Jama' itu berlaku bertujuan untuk memberitahu tempoh & kadar waktu untuk solat Zuhur & Asar, begitu juga kadar waktu untuk solat Maghrib & Isya'.

>>> Rasulullah صلى الله عليه وسلم solat Zuhur di penghujung waktunya. Apabila selesai solat, masuk waktu Asar & terus tunaikannya. Begitu juga solat Maghrib & Isya'.
 

Oleh itu, jama' jenis ini tidak boleh diamalkan tanpa dhorurah. Ia hanya bertujuan pemberitahuan tempoh waktu solat dalam bentuk perbuatan.

2. Dibolehkan untuk jama' seperti ini, akan tetapi tidak boleh dijadikan kebiasaan. Adanya ruang seperti ini adalah untuk tidak menyusahkan umat.

>>> Sangat penting untuk dinilai sebagai kebiasaan & bukan kebiasaan pada diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk kita contohi.

Di sini kita nilai;

✔ * Solat di awal waktu & tidak digabungkan solat, itu adalah---> KEBIASAAN.

✔ -  2 solat digabungkan tanpa musafir, itu adalah ---> BUKAN KEBIASAAN kerana ia hanya berlaku satu kali sahaja pada hayat Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

~ Nota: Pengajian pada Ahad 20/11/11 di Madras Nur, disampaikan oleh Hb Ali Al-Hamid. Jika ada kesilapan pada nota ini, mohon yang arif perbetulkannya. Syukran
ツ.

Comments

  1. syukran ya ukhti di atas perkongsian ....

    ReplyDelete
  2. Afwan. Haza min fadhli Rabbi =) Ia hanya maklumat sahaja. Adapun untuk detail, harus ke majlis ilmu & bertanya kepada ustaz/ah yang mengajar agar tidak tersalah faham. Hakaza=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan