Siwak Itu Sunnah

 
♥ Bersiwak cara Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

~ Jom sahabat², kita beramal dengan sunnah yang mulia ini. Ganjarannya besar. Tanda mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu kan dengan menghidupkan sunnahnya (◠ ‿◠).

* Cara yang saya belajar:
 
1. ★ Letakkan kayu sugi itu di atas ibu jari & jari kelingking. 3 jari lagi di atas kayu tersebut.

2. ★ Mulakan dari tengah gigi atas, then gerakkan kayu itu ke gigi bawah, ke atas dan ke bawah (3 kali ah maknanya, ke bawah, ke atas, ke bawah).

3. ★ Dari bawah naik ke gigi sebelah kanan atas dan lukiskan seolah² seperti bulatan. Then terus gerakkan ke gigi sebelah kiri. Jadikan seperti no 8.

4. ★ Lakukan sebanyak 3 kali bagi nombor 3.

5. ★ Berhenti di tengah² gigi bawah, then sentuhkan hujung kayu sugi tadi pada gigi belakang sebelah atas.

6. ★ Penutupnya selepas nombor 5, letakkan di hujung lidah. Tup.

♤ Selesai 1 sunnah, alhamduliLLAh. Selamat beramal ツ.

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan