Bersama Habib Umar Benhafidz - 9 Jan 2011



~ Jika program Hb Umar Benhafidz dibuat di Madras, pasti ada kelainan zauqnya berbanding di tempat lain. Ia betul² berbeza. Saya yakin ada yang sama seperti saya. Walaupun saya 'on off' hadir majlis ilmu di Madras Nur disebabkan jauh, namun 'keterikatan hati' tetap utuh dengannya. Siap mengaku diri sebagai pelajar batch pertama yang talaqqi di sini (◠‿◠).

Pagi ini hadir program perasmian bagi Madrasah Tazkiyah yang merupakan cawangan dari Darul Mustofa, Tarim.

~ So, saya mahu kongsikan Jaulah Aiskrim saya ini dan anda dijemput untuk membacanya, jom ツ.

♥ Habib Umar Benhafidz berkata:

* Yang akan membawa Islam dan ajarannya di tengah masyarakat ialah orang² yang baik. Mereka akan menyedarkan orang² yang keliru, membersihkan kefahaman dan ta'wilan orang² yang jahil serta menghapuskan kebatilan.

* Rasul صلى الله عليه وسلم meninggalkan 2 harta untuk kita ikutinya agar selamat pulang ke negeri abadi; KitabuLLAH dan i'trahnya (keluarga Baginda صلى الله عليه وسلم). Hanya yang dipilih Allah sahaja akan digerakkan untuk buat kerja² dakwah. -Moga kita antaranya amin.

* Kadang² perlu diselidik kenapa jemaah Islam tidak menang. Pernah dikoreksi perkara ini dalam 1 peristiwa (saya tak sempat mendengar peristiwa apa) di mana kaum muslimin kalah. Akhirnya mereka dapati bahawa hanya segelintir sahaja drpd kalangan mereka yang mengamalkan siwak. -Lihat, betapa pentingnya setiap sunnah yang ditunjukkan Rasul صلى الله عليه وسلم. Kadang² ia bisa menjadi 'penyebab' kenapa umat Islam tidak cemerlang. Allahu Allah. Fahamilah...

* Hati Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan gembira apabila melihat umatnya menggerakkan usaha dakwah untuk meninggikan kalimah Allah hatta ia bergema di bumi ini dengan nama yang luarbiasa. "Barangsiapa yang menyerupai satu² kaum maka dia drpd kalangan kaum itu."- Oleh itu, 'pilihan' di hati anda untuk mengikuti kaum mana yang anda suka? Suka itu mengikut anda/suka mengikut apa yang disukai Allah dan Rasul-Nya? Fikirkanlah dengan minda yang matang dan sedar.

* 3 prinsip utama;
-ILMU: Menuntut ilmu secara bertalaqqi dan bersanad.
-TAZKIYAH: Menyucikan jiwa dan memperindahkan akhlak.
-DAKWAH: Menyampaikan ajaran Islam buat umat dekat dan jauh.
~ Di atas 3 prinsip inilah tertubuhnya Madrasah Tazkiyah Malaysia cawangan Darul Musthofa. Walaupun amanah yang dipikul mereka itu berat namun mereka INSAN² PILIHAN. Kita doakan batch pertama ini semuanya menjadi 'DAA'I ILA ALLAH' amin.

* Jika kita tahu nilai menuntut ilmu nescaya saat akhir hayat sekalipun masih dengan ilmu. Imam Ahmad bin Hanbal ketika ditanya ke mana beliau mahu membawa mahbarah (tempat menulis dan dakwat) Beliau menjawab: Aku akan bawa mahbarah ini sampai ke maqbarah (kubur). Kenapa? Kerana beliau maklum tentang 'nilai ilmu'.

- Cintakan ilmu itu indah, tapi amalnya susah dan sampaikannya malas. So berubatlah jika anda punya penyakit ini ツ.

✿ ܓWahai diri dan sahabat² sekalian yang dikasihi dari hati yang dalam. Hb Umar Benhafidz mengingatkan tentang NIAT yang cukup hebat yang diajari Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Iaitu; NIAT untuk menghidupkan Islam. NIAT untuk mempunyai hati yang mengagungkan Tuhan. NIAT untuk mengasihi umat keseluruhan. Allahu akbar.

✿ Jangan abaikan dan fahamilah dengan sebaik mungkin dan penuh perasaan.

•    Majlis diadakan di Madras Nur -Pantai Dalam pada 9hb Jan 2011 di sebelah pagi.

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan