Gurauan Rasulullah saw - Adab Ketawa

♥ Daripada Sayyidatuna Aisyah ra berkata: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlebihan dalam ketawa sehingga aku melihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman."
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad rahimahumuLLah)
Suatu hari...

✿ ܓ Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Sayyiduna Abu Bakr ra menikmati buah kurma. S.Abu Bakr mengumpulkan biji kurma yang dimakannya di hadapannya. Manakala Rasul صلى الله عليه وسلم mencampakkan biji kurmanya itu di tempat biji² kurma S.Abu Bakr ketika sahabatnya itu sedang leka.

♥ Rasul صلى الله عليه وسلم berkata: "Wahai Abu Bakr, aku melihatmu sebagai orang yang tersangat kuat makan. Cuba lihat betapa banyaknya jumlah biji² kurma yang telah engkau himpunkan." Allahu Allah, ya Rasulallah ツ.

Ok, apa kata sahabatnya?....

♥ S. Abu Bakar memandang Baginda صلى الله عليه وسلم seraya berkata: "Wahai Kekasih Allah, yang kuat makannya adalah orang yang berada di hadapanku ini kerana dia telah memakan buah kurma dengan biji²nya sekali".

~ Selesai Sayyiduna Abu Bakar ra berkata, maka ketawalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan hanya menampakkan sedikit gigi hadapannya yang putih bersih.

*¨*•.¸¸ Allahu Allah, indahnya mahabbah mereka ^_^, Indahnya kisah mereka. Terasa seolah² diri menyaksikannya di hadapan mata (◕‿  ◕).

♥ Ayuh sahabat, shollu a'la an-Nabiyy.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan