Dengan Bersalawat, Dosa Diampunkan

~ Kali ini saya mahu bercerita 1 kisah orang soleh dengan kelebihan bersalawat=)

♥ Diriwayatkan oleh An-Numairi daripada Sufyan bin U'yainah berkata: "Saya mempunyai seorang saudara lelaki, tetapi kemudiannya dia meninggal dunia. Saya bermimpi melihatnya & bertanya keadaannya: "Apakah yang Allah telah lakukan terhadapmu?."

♥ Jawabnya: "Allah telah mengampunkan dosaku." Saya bertanya lagi: "Atas sebab apakah Allah mengampunimu?"

♥ Dia menjawab: "Sewaktu saya menulis hadith, setiap kali saya menulis nama Rasulullah صلى الله عليه وسلم, saya pasti menulis صلى الله عليه وسلم dan saya mengharapkan pahala ketika melakukannya. Maka dengan itu, Allah telah mengampuniku."

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Rujukan: Petikan dari kitab "Fadhilat Salawat" oleh Abu Al-Fadhl Abdullah ibn Muhammad As-Siddiq Al-Ghumari Al-Hasani ra.

Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan