Niat ke Majlis Maulid

Sahaja aku hadir Majlis Maulid ini adalah kerana mahu:-  (ni saya yang tambah hehe)
  1. Hadir majlis untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
  2. Hadir ke majlis di mana para ulama' gemar menghadirinya.
  3. Mendengar sirah tentang Rasul صلى الله عليه وسلم.
  4. Hadir majlis yang ada peringatan di dalamnya dan mendapat petunjuk darinya.
  5. Melaksanakan/mengikuti setiap apa yang didengar tentang keperibadian Rasul صلى الله عليه وسلم.
  6. Menyibukkan waktu dan mengisinya dengan kebaikan.
  7. Memperamaikan bilangan orang-orang yang mencari kebenaran-ahli haq-.
  8. Mendapatkan rezeki daripada Allah anugerah akhlak Rasul صلى الله عليه وسلم dan sifat-sifat Baginda صلى الله عليه وسلم.
  9. Menunaikan sebahagian apa yang sepatutnya (wajib) dipersembahkan buat Rasul صلى الله عليه وسلم.
  10. Mendapatkan penghormatan daripada Allah agar terpilih diri ini untuk melihat Rasul صلى الله عليه وسلم.

Terjemahan dari kitab: كتاب النيات لمحمد بن علوي العيدروس
-Selamat beramal. Semuanya kher insyaAllah -dc=)


Popular posts from this blog

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

4 Zikir Mudah sepanjang Ramadhan