بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

ummumuhammadmenulis...

28 November 2011

Musafir ke Bogor ---> TALAQQI

Syeikh Nuruddin Al-Banjari 


Pesantren milik Syeikh Nuruddin

 
Rumah Syeikh Nuruddin dari bahagian bawah


Pejabat


Kolam ikan


Rumah Tetamu

Depan pintu bilik tetamu

Kawasan di dalam Pesantren

~ Foto dewan talaqqi saya masukkan akan datang insyaAllah  (◕‿◕).

❀ ܓ >> Di sinilah "Jaulah Ilmiah Aiskrim" saya kali ini, alhamdulillah ツ. InsyaAllah, tanggal 01122011 bersamaan 6 Muharram 1433H bermulalah permusafiran TALAQQI ILMU saya ke Bogor.
Semoga usaha ini diredhai Allah, amin.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

27 November 2011

Azam Baru Saya...

Apa azam anda pada 1 Muharram 1433H ini??? Rahsia eh? ツ.

Saya? ツ.

Bismillah...

❀ ܓ Azam tahun baru saya ---> mencari APA sahaja, mendekati SIAPA sahaja & berusaha KE MANA sahaja <--- asalkan semua itu membawa diri ini kepada HUSNUL KHATIMAH (pengakhiran yang baik). Kerana husnul khatimah itulah bukti REDHA ALLAH diperolehi.

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة، آمين
Ya Allah, akhirkanlah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, amin.

Aja² faiti ツ.

Muharram & Hijrah Rasul saw = "Kaitan Bersempena"

Sahabat, hari ini Ahad 27/11/11 adalah 1 Muharram 1433H. Oleh itu, saya mahu ceritakan beberapa perkara mengenainya ツ;

1. HIJRAH Rasulullah صلى الله عليه وسلم berlaku pada bulan Rabiu'l Awwal bukan bulan Muharram.

2. Kenapa diketengahkan peristiwa HIJRAH di dalam bulan MUHARRAM?

>>> Kerana...

~ Bulan MUHARRAM ---> bulan yang dipilih sebagai bulan PERTAMA dari 12 bulan untuk taqwim Islam.

>>> Manakala...

~ Tahun berlaku HIJRAH ---> tahun yang dipilih sebagai tahun PERTAMA untuk taqwim Islam.

So, 2 perkara ini ada KAITAN. PERTAMA + PERTAMA = seolah²  menjadi 1 CERITA ツ.

3. Jika ada di kalangan kita yang tidak tahu pun hal ini bukan sebab salah fakta sejarah, tapi salah peribadi. Di sekolah sekalipun tidak diajar fakta yang salah ini; Hijrah berlaku di bulan Muharram. Namun kita sebenarnya yang tidak ingat fakta yang benar. So, salahkan diri kita sendiri.

* Diceritakan PERISTIWA HIJRAH di dalam BULAN MUHARRAM hanyalah BERSEMPENAAN antara keduanya. Tiada siapa yang mahu memutarbelitkan fakta sejarah ini kerana fakta ini sangat jelas ditulis di dalam semua kitab Sirah ツ. Wa Allahu a'lam.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

❀ ܓ Antara peristiwa HIJRAH yang dirakamkan di dalam sejarah;

♥ Kisah Sayyiduna Ali kw mengambil tempat tidur Rasulullah صلى الله عليه وسلم bagi mengaburi mata musuh.

~ Apa kata kanak² yang berani ini???

>>> "Tiada tidur yang paling lena & saat yang paling aku sukai melainkan ketika dapat mempertaruhkan nyawa & menggadaikan diri demi keselamatan Sang Nabi."

♥ Kisah sahabat sejati yang menemani Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

~ Apa perasaan Sayyiduna Abu Bakr ra ketika itu?

>>> "Sekiranya aku mati, maka ia hanya kematian seorang lelaki.
Manakala jika dirimu wahai Nabi, ia adalah kebinasaan umat ini!"

Hanya dapat difahami dengan "bahasa cinta", Allahu Robbi T_T

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

26 November 2011

"Pegangan" Masyarakat Di Dalam Beramal

~::♥::~~::♥::~~::♥::~ Ulama' Pewaris Nabi ~::♥::~~::♥::~~::♥::~

Sahabat, macam ni. Saya mahu sentuh tentang I'TIQAD (pegangan) masyarakat dalam beramal. Betul atau tidak KEBANYAKAN masyarakat kita...

~ Mengamalkan sesuatu amalan hanya ---> TAHU & YAQIN bahawa ianya amalan yang ada di dalam Islam,

~ BUKAN mengamalkannya sebagai ---> inilah SUNNAH yang dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Betul kan? Dan inilah PENGALAMAN saya mengajar.

❀ ܓ Hanya SEGELINTIR sahaja yang SENTIASA mencari & mengenalpasti adakah ini SUNNAH Kekasih -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- atau tidak. Kerana dia akan lakukannya bersama ILMU TAHUNYA itu. Mereka dikenali sebagai MUHIBBIN bukan tukang membida'ahkan orang lain.

Kedua² golongan di atas tidak salah di dalam pegangan beramal. Menjadi salah apabila;

* Mengamalkan sesuatu amalan dengan I'TIQAD bahawa ia amalan yang dilakukan oleh Rasulullah  صلى الله عليه وسلم, padahal yang sebenarnya tidak demikian. Kepada mereka ini, perlu diberikan penjelasan tentangnya. ITU SAHAJA, bukan membid'aahkan amalan itu dengan bida'ah dholalah. Kerana amalan itu tidak salah, yang salah ialah salahfaham individu di dalam beramal.

Ok, saya bawa 1 contoh ---> MEMBACA YASIN DI MALAM JUMAAT.

✔ 1. Di sisi masyarakat awam, mereka mengamalkannya sekadar berpegang bahawa ianya amalan yang ada di dalam Islam. Itu sahaja. Mereka awam & tidak tahu Usul Fiqh & yang sewaktu dengannya. Keadaan ini tidak salah kerana i'tiqad mereka tidak salah. Mereka tidak buat kerana i'tiqad Nabi صلى الله عليه وسلم buat tapi sekadar tahu bahawa ia ada di dalam Islam. Dan memang betullah kan ianya ada di dalam Islam.

✔ 2. Di sisi muhibbin, mereka kenal pasti perkara ini. Mereka ada ilmu tahu bahawa ia bukan amalan sunnah, tetapi mereka tidak menolak amalan ini & tidak membida'ahkannya dengan bida'ah yang sesat. Dan mereka juga ada mengamalkan amalan ini dengan i'tikad ia amalan yang diterima di dalam Islam.

>>> Oleh itu, TIDAK TIMBUL bahawa masyarakat Islam hari ini DITIPU dengan amalan seperti di atas. Atau BIMBANG masyarakat menyandarkan amalan itu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ia tidak berlaku demikian. Kalau ada pun, hanya membetulkan fahaman individu yang tersalah faham itu, bukan membida'ahkan amalan membaca Yasin di malam Jumaat.

~ Tolong JANGAN KELIRUKAN masyarakat yang masih lagi belum sedar sepenuhnya tentang KEPENTINGAN ilmu BERTALAQQI. Mereka hanya tahu ILMU GOOGLE sahaja. Jika dikejutkan mereka bahawa ini bukan amalan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka mereka bukan sekadar tinggalkan bacaan Yasin malam Jumaat bahkan surah Al-Kahfi pun mereka tidak baca. Dan secara TEGAS, bacaan Yasin malam Jumaat bukan bida'ah dholalah. Wa Allahu a'lam.

Bertanyalah kepada ahlinya.

25 November 2011

Senyum Sunnah itu Senyum Ibadah ツ

 “♥ ~ ❀~ ♥” “♥ ~ ❀~ ♥” Jumu'ah Mubarakah ツ “♥ ~ ❀~ ♥”“♥ ~ ❀~ ♥”

Daripada Sayyidina Abu Darda' ra berkata: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak akan berbicara suatu perkara melainkan (Baginda صلى الله عليه وسلم akan berbicara) sambil tersenyum." ~ Riwayat Imam Ahmad rahimahullah.

>>> Allahu Allah, indahnya ---> "senyum, sunnah, senyum ibadah ツ."

* Melihat wajah² i'trah Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini pun telah membuatkan diri ini turut tersenyum, apatah lagi jika wajah Baginda صلى الله عليه وسلم. Tiada kata yang mampu untuk diungkapkan ツ.

❀ ܓ Ya Allah, kenalkan kepada kami wajah Baginda صلى الله عليه وسلم di sana kelak & kumpulkanlah kami bersamanya, amin.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

24 November 2011

5 Bukti Allah Tidak Mahu Mengazabkan Hamba-Nya

video

~ Sayyiduna Ali kw berkata: "Allah tidak mahu mengazabkan hamba²-Nya tetapi hamba²-Nya sendiri yang mahu diri mereka diazab."

~ Sahabat² yang lain kehairanan & bertanya: "Wahai Ali, kenapa kamu berkata demikian?".

~ Sayyiduna Ali kw menjawab: "Ada 5 sebab kenapa aku berkata demikian;

✔ ❀>> 1. Allah mengutuskan seorang Rasul sebagai penunjuk jalan menuju redha-Nya. Dia memberi khabar gembira & peringatan.

* Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA tidak akan mengutuskan Rasul-Nya, bahkan dibiarkan sahaja mereka di dalam kesesatan.

✔ ❀>> 2. Amalan sunat lebih banyak dari amalan wajib.

* Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA akan memberatkan mereka dengan memperbanyakkan amalan wajib hatta mereka tidak mampu melakukannya. Namun itu tidak berlaku, perintah yang wajib hanya sedikit. Contoh; puasa wajib hanya berlaku 1bulan (Ramadhan) sahaja di dalam tempoh 1tahun.

✔ ❀>> 3. Perkara halal lebih banyak dari perkara yang haram.

* Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA akan memperbanyakkan yang haram. Banyak benda tidak boleh minum & makan. Sudah tentu manusia akan terbeban dengannya untuk mencari sedikit yang halal. Dan akhirnya makan & minum yang haram kerana bilangannya banyak.

✔ ❀>> 4. Allah buka pintu taubat buat hamba²-Nya.

* Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA tidak akan memberi peluang kepada hamba²-Nya yang berdosa itu memohon ampun. Dan tempoh pintu taubat dibuka selama mana nyawa tidak sampai ke halkum (nazak) & matahari belum keluar dari sebelah barat, selama itulah peluang tetap ada.

✔ ❀>> 5. Gandaan bagi setiap amalan kebaikan. 1 kebaikan dibalas 10, manakala 1 kejahatan dikekalkan balasannya 1 sahaja.

* Jika Allah mahu mengazabkan hamba²-Nya nescaya DIA akan menjadikan sebaliknya dari yang di atas.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

~ Sumber: Ceramah Ust Kamal Asyaari yang bertajuk: "Mencari redha Allah".
Boleh layarinya di sini ---> http://www.youtube.com/watch?v=fbf934a7ipA

23 November 2011

Amalan Di Bulan Muharram

Muharram semakin hampir...

1 Muharram 1433H bersamaan 27 November 2011

♫ 1 Muharram detik permulaan,
♫ Perkiraan tahun Islam Hijrah,
♫ Perpindahan Nabi & umat Islam,
♫ Dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

♫ Atas keyakinan & Iman yang teguh,
♫ Kaum Muhajirin & ِAnsor bersatu,
♫ Rela berkorban harta & nyawa,
♫ Demi menegakkan Islam tercinta.

Waaah, nasyid pulak dah ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

>>> Amalan yang disyorkan pada bulan Muharram;

☑ 1hb - 9hb ---> sunat puasa.

☑ 10hb ---> sunat puasa A'syura'.

☑ Menyapu kepala anak yatim.

☑ Bercelak mata pada waktu malam.

☑ Menambah perbelanjaan keluarga.

☑ Memperbanyakkan zikir ini sekurang²nya 70 kali.


حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ الْنَّصِيْرُ

* Cukuplah Allah bagi kami. Dan DIA sebaik² tempat untuk kami berserah diri, DIA sebaik² Penjaga & sebaik² Penolong.

Sumber: Kitab Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus.

22 November 2011

Allah Maha Kaya, Kita Fuqara'

Hadis Qudsi: "Harta itu adalah hartaku, dan kamu itu adalah hambaku."

المال مالي وأنت عبدي

 
Apa yang kita miliki adalah hak mutlak Allah. Allah itu Maha Kaya. DIA tidak berhajat kepada harta kita kerana harta kita itu hak mutlak-Nya.

So, apa yang Allah mahukan daripada kita?

❀ ܓ Allah tidak mahu harta kita tetapi Allah mahu lihat pahala dari harta yang diberikan-Nya kepada kita.

>>> 4 jenis harta;

- 1. Sumbernya HARAM & dibelanjakan pada tempat yang
HARAM maka ---> HARAM.

- 2. Sumbernya
HARAM & dibelanjakan pada tempat yang HALAL maka ---> HARAM.

- 3. Sumbernya HALAL & dibelanjakan pada tempat yang
HARAM maka ---> HARAM.

✔ 4. Sumbernya HALAL & dibelanjakan pada tempat yang HALAL maka ---> HALAL.

BERUSAHALAH hanya untuk yang HALALAN TOYYIBAN. Selamat berusaha ツ.

Sumber: Kuliah ceramah Ust Kamal Asyaari - Mencari Redha Allah.

21 November 2011

Solat Jama' Tanpa Musafir, Bolehkah?


Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah menjama'kan/menggabungkan 2 solat; solat Zuhur & Asar (8rakaat) dan solat Maghrib & Isya' (7rakaat) tanpa musafir & qasar. Ia berlaku di Madinah.

Terdapat 2 pandangan ulama' terhadap hal ini.

1. Jama' itu berlaku bertujuan untuk memberitahu tempoh & kadar waktu untuk solat Zuhur & Asar, begitu juga kadar waktu untuk solat Maghrib & Isya'.

>>> Rasulullah صلى الله عليه وسلم solat Zuhur di penghujung waktunya. Apabila selesai solat, masuk waktu Asar & terus tunaikannya. Begitu juga solat Maghrib & Isya'.
 

Oleh itu, jama' jenis ini tidak boleh diamalkan tanpa dhorurah. Ia hanya bertujuan pemberitahuan tempoh waktu solat dalam bentuk perbuatan.

2. Dibolehkan untuk jama' seperti ini, akan tetapi tidak boleh dijadikan kebiasaan. Adanya ruang seperti ini adalah untuk tidak menyusahkan umat.

>>> Sangat penting untuk dinilai sebagai kebiasaan & bukan kebiasaan pada diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم untuk kita contohi.

Di sini kita nilai;

✔ * Solat di awal waktu & tidak digabungkan solat, itu adalah---> KEBIASAAN.

✔ -  2 solat digabungkan tanpa musafir, itu adalah ---> BUKAN KEBIASAAN kerana ia hanya berlaku satu kali sahaja pada hayat Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

~ Nota: Pengajian pada Ahad 20/11/11 di Madras Nur, disampaikan oleh Hb Ali Al-Hamid. Jika ada kesilapan pada nota ini, mohon yang arif perbetulkannya. Syukran
ツ.

20 November 2011

Waktu Fadhilah Di Awal Waktu Solat

 
Solat Tiang Agama
 ~::♥::~ ~::♥::~ ~::♥::~ JENIS WAKTU SOLAT ~::♥::~~::♥::~~::♥::~
✔ 1. Waktu Fadhilah (waktu utama).
>>> Tempohnya: 10 - 15 minit selepas azan dikumandangkan.

* Muslim yang menunaikan solat pada masa ini bukan sekadar mendapat pahala solat bahkan ditambah bonus pahala waktu fadhilah. Allahu Allah ツ.

✔ 2. Waktu Ikhtiar (waktu yang lapang).
>>> Tempohnya: Bermula selepas waktu utama hingga sebelum masuk waktu solat yang lain.

✔ 3. Waktu Mubah (waktu harus).
>>> Tempohnya: Sekadar cukup untuk tunaikan solat fardhu sahaja, selesai sahaja solat terus terdengar azan tanda masuk waktu solat yang lain.

- 4. Waktu Makruh (waktu yang ditegah).
>>> Tempohnya: Belum selesai solat fardhu, azan telah dikumandangkan untuk waktu solat yang lain.

- 5. Waktu Haram.
>>> Tempohnya: Solat di dalam waktu solat yang lain -qadha. Solat Zuhur di dalam waktu solat Asar.

Nota ringkas pengajian di Madras Nur bersama Hb Ali Al-Hamid pada Ahad 20/11/11.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

♂ Pada waktu apakah KEBIASAAN solatmu??? MUHASABAH...

19 November 2011

Manusia, Itulah Namanya...

Manusia memang buat salah,
Manusia memang selalu lupa,
Manusia memang tidak sempurna,
Kerana namanya manusia, manusia lain terasa tanpa dia menyedarinya.

Mohon maaf atas segala kesilapan diri...

* War No Peace, so PILIHLAH --->>> Peace No War ツ.

18 November 2011

Benar itu Jelas, Maka Pastikannya

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا ، أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

"Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pembohong apabila dia bercakap segala apa yang didengarinya." ~ Hadis riwayat Imam Muslim rahimahullah.

>>> Oleh itu, PASTIKAN terlebih dahulu "kebenaran" sesuatu isu sebelum menyebarkannya. Jangan bercakap di atas cakap² manusia sahaja

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

17 November 2011

Wahyu itu Cahaya


Majlis ilmu bersama Habib Umar Benhafidz hafidzahullah.

✔- Rasul صلى الله عليه وسلم datang dengan satu tujuan untuk membawa manusia keseluruhannya keluar dari kegelapan kebatilan kepada cahaya kebenaran. Wahyu itu adalah cahaya yang menyuluh akal. Manusia perlukan cahaya dalam hidup di dunia ini untuk memandu dan menunjukkan jalan pulang yang selamat bertemu Tuhan.

✔- Muslim menggunakan AKAL sebagai 'alat' untuk mendapat bimbingan ke jalan yang diredhai Allah, mengawal nafsu dan cuba membersihkan dosa noda di hatinya kerana orang yang mengotorkan nafsu dan jiwanya ialah orang yang RUGI. Manakala kafir pula menjadikan akal sebagai alat untuk berkhidmat kepada diri dan nafsunya semata-mata.

✔- Menceritakan kisah pengorbanan dan cinta Rasul صلى الله عليه وسلم kepada umat;

❀>> Rasul صلى الله عليه وسلم jika disakiti, ianya merupakan penyakitian yang melebihi segala macam penyakitian yang pernah menimpa selainnya.

❀>> Jika diberikan harta, ia akan dibahagikan segera kepada umat tanpa mengambil sedikitpun untuk diri dan keluarga Baginda صلى الله عليه وسلم.

✔- Suatu hari Sayyidah Fatimah ra menyediakan makanan di dalam bekas. Sayyiduna Ali kw bertanya untuk siapakah ini? S.Fatimah menjawab: Untuk Ayahandaku. Apabila dibawa kepada Rasul صلى الله عليه وسلم, Rasulullah pun makan dan berkata kepada anakandanya: "Ini adalah makanan pertama yang masuk ke perut ayahandamu selepas 3 hari tanpa makanan." Begitu juga yang pernah berlaku kepada S.Fatimah. Kasih sayang antara mereka amat kuat. Allahu Robbi T_T

✔- Dunia ini merupakan perantaraan untuk berkhidmat kepada Allah bukan selain-Nya.

✔- Di hari kiamat kelak wajah Mu'min akan bercahaya.

✔- Rasul صلى الله عليه وسلم menikahkan Anakandanya Sayyidah Fatimah ra dengan Sayyiduna Ali kw pada bulan Safar. Baginda صلى الله عليه وسلم mendoakan keturunan mereka berdua dengan kesejahteraan.

~* Nikahlah ikut sunnah bukan ikut adat yang dicoretkan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.

16 November 2011

Perang Ahzab - Semangat Setia Kawan

Mahu tahu lagi tentang sirah? ツ.
Saya jawab untuk kamu ---> YA <--- betul tak? Jom ツ.

»-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»- »-»-»-»-

Kali pertama Semenanjung Arab menyaksikan tentera musuh dapat dikumpulkan seramai 10 ribu orang ialah di dalam Peperangan Ahzab.

Tahukah anda siapa DALANG dalam peperangan ini? Siapa yang MENGHASUT agar bangsa arab bersatu menentang Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Islam? SIAPA? Mereka ialah bangsa ---->YAHUDI.

>>> Dendam mereka digazetkan di dalam surah Al-Maidah ayat 82.

Allah berkata: "Kamu pasti akan mendapati orang yang paling memusuhi Islam adalah orang² yahudi & orang² musyrikin."

Perang ini SANGAT SERIUS wahai sahabatku, tapi saya sangat teruja dengan kalam Sayyiduna Sa'ad bin Mua'z ra kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

"Demi Allah, sesungguhnya kami tidak berhajatkan ini (*), demi Allah kita tidak akan memberi kepada mereka kecuali mata pedang sahaja. Sehingga Allah menghukumkan antara kita dan mereka." Allahu akbar ツ.

♥ Kalamnya membuatkan wajah Baginda صلى الله عليه وسلم yang mulia itu memancarkan cahaya tanda senang dengan jawapannya. Allahu Robbi ツ.

(*) Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbincang dengan 2 orang sahabatnya & memberi pandangan peribadi mahu membuat perdamaian dengan Kabilah Ghatfan serta mahu menawarkan kepada mereka 1/3 hasil buah²an Madinah agar mereka mengundur diri dari medan pertempuran.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

~ Sahabat sejati ialah yang berada di sampingmu ketika kamu susah hati.

15 November 2011

Plan Bijak Dalam Belajar

video
  Saya suka cara Ustaz Azhar merancang masa depannya dalam menuntut ilmu.

>>> Hidup mesti ada perancangan yang teliti, keazaman yang tinggi & kegigihan "LAWAN sampai MENANG" agar impian benar² menjadi realiti. Saya suka & puas hati, alhamdulillah ツ.

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Tiada keupayaan & tiada juga kekuatan melainkan dengan Allah sahaja Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

14 November 2011

Ulama' Pewaris Nabi saw ツ

 ❀ ܓ Melihat foto ini membuatkan saya happy, Allahu Allah indahnya ツ. Semoga saya & anda dipilih Allah untuk mencintai para ulama' yang berpegang dengan manhaj Salafussolleh sehingga ke akhir hayat, amin.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Mencintai mereka bukan bermakna mentaqdiskan (menjadikan mereka insan yang suci tanpa dosa) ---> TIDAK SAMA SEKALI.

♥ Mereka telah mengajar diri ini agar TAQQARRUB (mendekatkan diri) kepada Allah, mencintai SUNNAH Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menghidupkan MAHABBAH FILLAH sesama umat Islam.

Mereka bukan ahli bida'ah tetapi merekalah ULAMA' PEWARIS NABI ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

13 November 2011

Cinta itu Rasa

 Sedikit dengan CINTA itu...
Lebih BERMAKNA dari...
Banyak tanpa RASA.

12 November 2011

Sejarah Penduduk Asal Mekah Madinah

Yaman ---> Antara negara yang saya mahu ke sana. Doakan agar hasrat saya ini tercapai, amin (◠‿  ◠).

☆ Muhajirin & Ansor ---> Para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang saya cinta sampai bila², dunia akhirat.

☆ Muhajirin ---> Datang dari Mekah.

☆ Ansor ---> Penduduk Madinah & gabungan 2 kaum; Aus & Khazraj.

>>> Anda tahu kan semua info di atas ツ.

Namun pasti ada di kalangan anda yang masih belum tahu asal usul penduduk pertama di Mekah & kaum Ansor itu.

Siapakah kaum Jurhum, Aus & Khazraj?

♥ Dengan berbesar hati saya menjawabnya (-‿-)
---> Mereka asal penduduk Yaman. Berhijrah setelah berlaku empangan pecah di tempat mereka.

❀ ܓ Kaum Jurhum melalui kawasan yang berdekatan dengan Mekah. Mereka bertemu dengan Siti Hajar & Nabi Ismail as yang masih bayi di saat itu. Mereka adalah kaum yang SANGAT BAIK.

❀ ܓ Kaum Aus & Khazraj ke Madinah. Dulu di kenali sebagai Yathrib. 2 kaum ini menjadi Ansor & mereka juga SANGAT BAIK.

~ Kredit yang menambahkan lagi "rasa mahu" saya ke Yaman ◕ ‿ ◕.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

11 November 2011

Zikir Pagi

Banyaknya pahala yang Allah sediakan buat hamba²-Nya. Allahu Robbi T_T

♥ Sahabat yang dikasihi kerana Allah, jom amalkan zikir ini SETIAP PAGI 100 kali;

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan & bagi-Nya segala puji. DIA Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.

>>> Ganjarannya seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis baginya 10 kebajikan, dihapuskan daripadanya 10 dosa dan akan dilindungi dirinya dari gangguan syaitan sehingga ke petang.

10 November 2011

Safiyyah Binti Abd Muttolib Srikandi Islam

 Minat sirah tak??? Cop, saya hanya panggil sahabat² yang minat sahaja, so takde istilah paksarela untuk baca ya ^_^. Uhibbukum fillah.

♥ Kisah wanita muslimah yang berani ツ.

Dalam peperangan Ahzab, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membawa tenteranya keluar dari Kota Madinah. Yang ada di dalam Kota hanyalah wanita, kanak² & yang tidak layak untuk berperang.

>> 10 ribu orang bakal serang Madinah, bayangkan T_T.

Di dalam Kota Madinah seorang lelaki Bani Yahudi Bani Quraizah (kaum ini telah mengisytiharkan perang terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم) berlegar² di sekitar kubu yang dihuni oleh kaum wanita & kanak². Dia seorang pengintip.

Safiyyah binti Abdul Muttolib mengarahkan Hasan bin Thabit membunuhnya kerana bimbang rahsia pertahanan di dalam Kota dibocori kepada musuh. Jika apa² berlaku terhadap mereka, Rasulullah صلى الله عليه وسلم & para sahabat di luar Kota tidak sempat datang menyelamatkan.

>> Allahu Robbi, keadaan yang sangat getir T_T.

Hasan menjawab: "Demi Allah, engkau sendiri pun tahu bahawa aku bukan seorang yang mahir membunuh."

>> Beliau masih kanak².

Tahukah apa tindakan Sayyidatuna Safiyyah? Beliau sendiri turun dan memukul lelaki itu sampai mati. Dan naik semula ke kubu & berkata: "Wahai Hasan, turunlah ke bawah & tarik masuk mayatnya. BUKAN AKU TIDAK MAMPU UNTUK BERBUAT DEMIKIAN TETAPI KERANA DIA SEORANG LELAKI."

>> Tindakan berani ibu saudara Rasul صلى الله عليه وسلم ini telah menyelamatkan wanita dan kanak² yang ada bersamanya. Ia juga membuatkan musuh bersangka bahawa kubu itu dikawal ketat oleh tentera walaupun pada hakikatnya kosong sama sekali dari sebarang kawalan. Ini menyebabkan pembelot itu tidak berani lagi untuk mengintip kali ke2. Allahu akbar ツ.

Semoga anak saudaraku Syarifah Safiyyah Zahra binti Syed Abd Mutolib Abd Kadir menjadi seperti "wanita solehah yang berani itu", amin.

✿ ܓ Sahabat²ku muslimah, jom kita jadi berani ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

09 November 2011

Menjadi Umat Muhammad saw Itu Ni'mat

~ Sangat benar di sebalik pembacaan atau apa sahaja yang berkaitan diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu terdapatnya rahmat Allah.

Antara "rasa" bahagia & bersyukurnya saya dalam hidup ini ialah---> saya terpilih menjadi salah seorang daripada umat Muhammad صلى الله عليه وسلم.

>>> Anda juga WAJIB mensyukurinya kerana ia adalah ni'mat daripada Allah. Ia adalah ni'mat yang WAJIB disyukuri. Bersyukurlah...

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

08 November 2011

Perlu Memotivasikan Diri ツ

Hidup perlu berwawasan tinggi. Jika rebah cepat² bangkit semula. Mu'min itu ialah orang yang bermotivasi. Ungkapkanlah kata² berbaur semangat pada diri. InsyaAllah itu antara usaha yang boleh menjadi. Buktinya, saya sendiri ツ.

>>> Dalam Peperangan Ahzab, Rasulullah صلى الله عليه وسلم membawa keluar 3ribu para sahabatnya dengan mengambil posisi dekat bukit Sal' iaitu bukit yang terletak di belakang kota Madinah. Bayangkan tentera musyrikin yang datang menyerang berjumlah 10ribu orang. Tanpa pertolongan Allah, ranaplah Islam & umat keseluruhan.

Tahukah anda apa slogan yang dilaungkan oleh tentera Islam???

"هم لا يُنصَرون"
Mereka (kafir) tidak akan peroleh kemenangan.

Perang Ahzab sangat strategi & hebat. Jika anda mampu membeli Atlas Perjalanan Hidup Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم oleh Sami bin Abdullah Al-Maghluts, maka belilah. Anda mampu melihat gambaran peristiwa melalui foto²nya. Harganya hanya rm150 <--- sangat berbaloi.

07 November 2011

Cinta itu Setia

♥ Kisah cinta luarbiasa, CINTA itu SETIA.

Diriwayatkan oleh Sayyiduna Anas, katanya: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar untuk menggali parit dan didapatinya kaum Muhajirin & Ansor awal² pagi yang dingin sudah pun bekerja menggali. Mereka tidak memiliki khadam untuk kerja² itu.

* Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم melihat mereka yang sedang menanggung keletihan & kelaparan, Baginda صلى الله عليه وسلم pun berkata: "Ya Allah, sesungguhnya tiada kehidupan sebenar melainkan kehidupan akhirat, maka ampunkanlah orang² Ansor & Muhajirin."

* Kemudian Ansor & Muhajirin menjawab kata² Baginda صلى الله عليه وسلم itu: "Kamilah orang yang berjanji setia dengan Muhammad, untuk berjihad sampai bila² selagi kami masih ada."

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

~ Kisah di dalam Peperangan Ahzab, peperangan getir.

06 November 2011

Sirah Pemulih Semangat

Aku kebingungan,
Aku keresahan,
Jiwa tanpa rasa,
Hilang entah ke mana,
Aku mencari ketenangan,
Mencari kekuatan untuk bangkit semula,
Kerana mu'min itu seorang yang bermotivasi tinggi,
Lemahnya mu'min memberi peluang besar kepada syaitan menemani,
Dan akhirnya ku temui apa yang aku cari, alhamdulillah ツ,
Hatiku terubat kini.

Aku temui CINTA SEBENAR di dalam sirah hidup Baginda صلى الله عليه وسلم. Sejarah hidup yang memaparkan kisah cinta yang sangat indah; cinta seorang hamba Allah, cinta seorang Nabi, cinta seorang suami, cinta seorang ayah dan cinta seorang sahabat kepada sahabat. Hidup Baginda صلى الله عليه وسلم penuh dengan cinta, cintanya cinta suci.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

* Terus membelek buku² sirah; Arrahiqul Makhtum, Fiqh Sirah & Atlas Perjalanan hidup Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Tidak terasa jemu, kisah luarbiasa yang tiada sepertinya...

05 November 2011

Pandangan Cinta

"Hanya melalui (pandangan) cinta, Rasulullah صلى الله عليه وسلم dapat dipandang (dengan sebenar-benar pandangan)."

[Shaykh Abdul Hakim Murad]

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

04 November 2011

Zikir Diampunkan Dosa

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Janji Allah || Di dalam Sohih Bukhari sesiapa yang membaca zikir di bawah ini (*) 100 kali setiap hari, maka Allah akan mengampuni dosa²nya walaupun dosanya itu sebanyak buih di lautan. Benarlah bahawa Allah Maha Pengampun.

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ
* Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Agung.

03 November 2011

Niat

 ~ Syeikh Daud Atthoi rahimahuLLAh berkata: "Aku melihat semua kebaikan itu terkumpul di sebalik niat yang baik".

☆ Syeikh Ibnu Mubarak juga berkata: "Kadang² 1 amalan yang kecil itu boleh menjadi besar nilainya kerana niat & kadang² juga 1 amalan yang besar itu boleh menjadi kecil nilainya kerana niat."

♥ Semua itu telah ditegaskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa setiap amalan itu akan dikira berdasarkan niat.

❀ ܓ Oleh itu, jom BESARKAN niat dengan HANYA kerana Allah ツ.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

02 November 2011

Tepuk Peha Kiri

Saya belajar daripada Hubabah Fathimah As Saggaf;

>>> Ketika berdiri untuk menunaikan solat & sebelum berniat, bacalah surah An-Nas. Apabila sampai sahaja pada perkataan الْخَنَّاسِ, maka tepuk peha sebelah kiri 3x kemudian selesaikan bacaan surah itu. Biasanya syaitan suka berada di situ (peha kiri).

01 November 2011

Apa ni??? >>> safayafa takfakbohfoh gifi...

Saya mahu mengajak anda BERFIKIR tentang 'RAHSIA TERSIRAT', jom 【ツ】
Cuba baca; "safayafa takfakbohfoh gifi".

>>> Haaaa, tak dapat kan (-‿-). Ia adalah kalimah rahsia & rekaan segolongan manusia. Mereka cipta kod ini agar difahami sesama mereka sahaja. Atau akan difahami oleh mereka yang biasa guna.

❀ ܓ Saya ulangi---> Ia hanya dapat dibaca oleh yang "mengetahuinya" sahaja. Begitulah dikiaskan dengan rahsia² alam ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana.

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Imam Ibnu A'thoillah berkata: "Hati yang tidak diikat nafsu dan yang sentiasa bertaubat dari kealpaan, ia akan mampu memahami rahsia² yang tersembunyi."

------------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”--------------------------------------

Anda masih belum faham? Senyum sunnah dulu ◕ ‿ ◕, macam ni...

~ Pada awalnya saya tidak faham jumlah ayat itu (sebagai contoh kerana saya tidak biasa menggunakannya), namun setelah diperhatikan semula maka jelas rahsia kalamnya & saya dapat baca direct; "Saya tak boh gi." Yang bagi saya nampak rahsia itu ialah ALLAH. Apabila Allah membuka pintu pencerahan-Nya, maka kita akan nampak apa yang orang lain tidak nampak.

♥ Allah mempunyai banyak rahsia. Apa yang saya & anda tahu hanya sedikit sahaja. Namun ada segelintir manusia yang dipilih Allah untuk melihat & mengetahui rahsia²-Nya.

Oh, jika ada yang bertanya: "Tuhan ada rahsia juga ke?." Jawapannya: "Banyak. Antaranya---> Anda tahu di mana syurga? Tak tahu kan. So, itulah rahsia namanya. Wa Allahu a'lam.

* Hakaza tersurat yang tersirat (◠‿  ◠).

31 October 2011

Zikir Mudah


Bila terima ni'mat = الحمد لله.

Bila terima musibah =إنا لله وإنا إليه راجعون .

Bila melihat keindahan =سبحان الله.

Bila tiada kekuatan =لا حول ولا قوة إلا بالله

Bila ingat Allah = لا إله إلا الله.

Bila ingat Rasul saw =اللهم صل وسلم عليه .

Bila melakukan dosa =أستغفر الله .

Bila dibantu orang =جزاك الله خير الجزاء .

Bila bersalah terhadap seseorang = آسفة

Bila sukakan seseorang =أنا أحبك

Bila berjanji = إن شاء الله

Bila bersin = الحمدلله >>> bila mendengar ucapan itu sebutlah = يرحمك الله >>> bila mendengar ucapan itu ucapkanlah = يهدينا ويهديكم الله ويصلح بالكم

Bila melihat sesuatu yang tidak elok =أعوذ بالله من ذلك .

30 October 2011

Ilmu Mauhub


Anda tahu tak apa itu ilmu Mauhub?

>>> Ya, ilmu kurniaan Allah kepada hamba²-Nya yang tertentu.

Adakah anda mampu mendapatkan ilmu ini?

Jawapannya---> Ya, anda MAMPU memilikinya ツ.

--------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------
Mafhum kata² Imam Suyuthi rahimahullah: "Kamu mungkin menganggap bahawa memperoleh ilmu ini adalah di luar kemampuan seseorang. Namun hakikatnya bukan demikian. Ia boleh dihasilkan melalui beberapa asbab. Antara asbab di mana Allah telah menjanjikan ilmu tersebut ialah beramal dengan ilmu yang telah diketahui, tidak cintakan dunia dll."

من عمِل بما علِم ورَّثه اللهُ عِلْمَ ما لم يعْلَمْ
Sesiapa yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya, maka Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.
--------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------

Jom amalkan ilmu yang ada ◕ ‿ ◕.

العِلْمُ بلا عملِ كالسيََّارةِ بلا سَتِرِيْنْ
Tidak perlu diterjemah hihi (-‿-)

29 October 2011

dc Dan Kliennya ツ


Suatu hari dc bersama 'klien'nya. Bukan alien tapi klien, ehem² ^‿^.
~ Cewaah, dc sedang perasan & berlagak sebagai motivator ツ.

MESTI BACA tapi tak paksa (◕‿◕).

Dialog bermula--->1 2 3 action...

♂ Klien: "Cik dc, kenapa saya gagal dalam hidup? Saya sedih kerana Allah tidak membantu saya. Saya sering diuji oleh-Nya. Kenapa?" ~ sambil menangis.

♥ dc: "Kenapa ukhti cakap begitu? Bukankah Allah menguji hamba-Nya sesuai dengan kadar kemampuannya. DIA sama sekali tidak pernah berlaku zalim."

♂ Klien: "Saya bukan seorang yang engkar pada hukum²-Nya. Saya tunaikan solat, saya berpuasa dll ibadah saya lakukan. Namun saya tetap diuji-Nya. Kadang² saya rasa seperti malas untuk berdoa kepada-Nya kerana saya sudah putus asa dengan-Nya." ~ makin kuat tangisannya. dc cool je ^‿^.

♥ dc: "Astaghfirullah, tak baik ukhti berkata demikian. Allah itu sangat menyayangi hamba²-Nya. DIA selalu sedarkan ukhti tetapi ukhti terhijab dengan teguran itu."

>>> dc berfikir sejenak. Kemudian meneruskan bicaranya.

♥ dc: "Tahukah bahawa ukhti telah menggunakan Allah untuk kepentingan peribadi ukhti???."

♂ Klien: "Cik dc cakap elok² sikit. Saya tak pernah guna Allah. Kenapa Cik dc cakap seperti itu?" ~ sedikit geram nadanya.

♥ dc: "Kerana ukhti tidak ikhlas dalam mencintai Allah, tidak ikhlas beribadah kepada-Nya. Ukhti beribadah kerana ukhti mahukan sesuatu, kan."

♂ Klien: "Bukti?".

♥ dc: "Ukhti merasa putus asa dengan rahmat Allah. Ukhti beribadah kepada-Nya tanpa mengenal-Nya. Sebagai contoh> kenapa ukhti solat Dhuha? Kerana mahu laris jualan ukhti kan. So bila je bisnes tak laris, ukhti pun kecewa. Akhirnya ukhti tidak lagi solat Dhuha. Itulah tandanya ukhti beribadah hanya mahukan urusan dunia ukhti dipermudahkan Allah".

♂ Klien: (Diam lantas memeluk dc dengan tangisan kesal).

>>> Alhamdulillah ツ. 


Wa Allahu a'lam. The End...

28 October 2011

Amalan 1-10hb Zulhijjah

✿ ܓ Juma'at 28 Oct 2011 bersamaan 1 Zulhijjah 1432.

>>> Allahu Allah, ini bermakna hari² terbaik sudah tiba ◕‿  ◕.

♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tidak ada satu haripun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini. Oleh itu, perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (AlhamduLillah)."

♥ Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga berkata: "Seutama-utama hari adalah hari Arafah."

Antara amalan² yang dianjurkan;

✔ > 1 - 8hb = Sunat berpuasa.

✔ > 8hb = Hidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah.

✔ > 9hb (hari wuquf) = Hidupkan malamnya dengan ibadah, orang yang tidak kerjakan haji disunatkan berpuasa & membaca surah Al-Ikhlas 1ribu kali.

✔ > 10hb (Raya Aidiladha) = Solat sunat raya, membaca takbir & melakukan ibadah korban.

* Rujukan kitab Indahnya Hidup Bersyariat.

Sama² selamat beramal, insyaAllah ok ツ.

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

27 October 2011

Ubai bin Kaa'b, Seluruh Hidupnya Dengan Salawat


❀ ܓ Sayyiduna Ubai bin Kaa'b berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah orang yang sering memperbanyakkan salawat ke atasmu. Berapa banyakkah salawat yang harus aku ucapkan buatmu?".

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu."

☆ Aku bertanya lagi: "Bagaimana jika 1/4 dari kehidupanku?".

✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu."

☆ Aku terus bertanya: "Bagaimanakah jika setengah?".

✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu."

☆ Aku berkata: "Bagaimana jika 2/3?".

✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Ikutlah seberapa banyak yang kamu mahu. Jika kamu menambahkannya lagi, ia lebih baik bagimu."

☆ Aku bertanya lagi: "Aku ingin menjadikan SELURUH KEHIDUPANKU untuk BERSALAWAT ke atasmu?.

✿ Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Kalau begitu, keinginanmu akan disempurnakan dan dosamu akan diampunkan."

~ Hadis riwayat Imam Tirmidzi & Al-Hakim.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم