Posts

Showing posts from August, 2010

Kuala Lumpur Berselawat 2

Nota 4: Rahsia Takbir 2 Hari Raya. Syeikh Dr. Mahmoud memberitahu kepada kita bahawa takbir yang kita sering laungkan setiap kali 2 hari raya umat Islam itu berasal daripada ucapan Jibril as dan 2 orang nabi iaitu Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail alaihimassalam ketika pembinaan Kaa'bah. Ia adalah seperti berikut: الله أكبر ألله أكبرالله أكبر (Ini ucapan Sayyidina Jibril as) ا لله أكبر ألله أكبرالله أكبر لا إله إلا الله (Ditambah tahlil oleh Sayyidina Ibrahim as) الله أكبر ألله أكبرالله أكبر لا إله إلا الله والله اكبر الله أكبر ولله الحمد (Disudahkan oleh Sayyidina Ismail as dgn hamdalah) Rasul saw mengekalkan ucapan puji-pujian demikian adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa mengambil tabarruk dengan perkara yang terpuji itu dibolehkan dan ia sebahagian daripada ajaran Islam. Nota 5: Maqam bagi mereka yang suka berselawat. Terdapat hadis yang menceritakan berkenaan pertanyaan Jibril as kepada Rasul saw beberapa perkara tentang soal agama. Antara

Kuala Lumpur Berselawat 1

Nota 1: Maksud Zikir dan Syukur dalam Surah Al-Baqarah : 152 فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلَا تَكْفُرُوْنَ Maksud ay at: Mak a hendaklah kalian mengingati-Ku, nescaya Aku juga akan mengingati kalian, bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kalian ingkar kepada-Ku. Syeikh Dr. Mahmoud Marghlani (dari Madinah Al Munawwarah) menjelaskan bahawa اذْكُرُونِي itu bermaksud zikir dan ingat kepada Allah, manakala اشْكُرُواْ لِي pula ialah bersyukur di atas ni'mat anugerah Allah dengan mengutuskan Muhammad saw ke dunia ini. - Oleh itu, kita perlu sedar bahawa datangnya Rasul saw kepada kita merupakan ni'mat yang diperintahkan Allah untuk kita mensyukurinya. Allahu Allah... Nota 2: Nama Muhammad disebut 2 kali di dalam Al-Quran. 1. Surah Al-Ahzab: 40 مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَآ أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَـكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيماً Maksud ayat: Bukanlah Muhammad itu merupakan bapa dari seseorang

Cinta Yang Bisa Menerangkan Cinta...

"Pena selancarnya mentinta apa yang ia tahu, tapi apabila tiba pada menyatakan cinta; ia patah terbelah, kerana tidak mampu. Sekiranya perihal cinta itu jika ditulis beribu-ribu helai pun, tidak akan mampu menghuraikan cinta; kerana hanya Cinta yang bisa menerangkan cinta..."  Maulana Jalaluddin Rumi “Aku banyak berbicara tentang cinta, tapi ketika aku menemukan cinta itu sendiri, malu rasanya kerana yang diperkatakan itu belum apa-apa. Andai saja Allah memberiku 100 nyawa, dan tiap kali aku dibangkitkan untuk berbicara tentang cinta nescaya takkan habis-habis perbicaraannya.” Maulana Jalaluddin ar Rumi